expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, June 1, 2014

APABILA DUA BEKAS KEKASIH SALMAN KHAN JADI SAHABAT...



Hero pujaan ramai Bollywood, Salman Khan yang memang terkenal dengan sikap playboy nya kini pasti terlopong apabila dua bekas kekasih hatinya yang cantik jelita, Aishwarya Rai dan Katrina Kaif kini menjadi sahabat baik. Kedua-dua mereka ini telah dikesan melepak dan keluar makan malam bersama di Abu Dhabi. Dua aktres jelita Bollywood ini kini telah menjadi sahabat baik dan mereka sangat serasi bersama.

Sumber Bollywood Mantra yang dipetik melaporkan Katrina bertemu Aishwarya ketika penggambaran filem Bang Bang di Abu Dhabi di mana Aishwarya pula berhenti seketika untuk ke Cannes Film Festival. Kedua-dua aktres ini bersembang, melepak dan makan malam bersama di salah sebuah restoran makanan Jepun bersama seorang lagi rakan. Mereka sangat selesa bersama dan wujud keserasian antara mereka walaupun pernah dilanda pelbagai kontroversi berkaitan hubungan silam mereka dengan aktor Salman Khan.

Katrina dan Aiswarya dahulunya dilaporkan sering mengelak dari bertemu satu sama lain kerana sejarah silam mereka yang pernah berpacaran dengan Salman Khan. Malah Aishwarya pernah menjauhi dan tidak menghiraukan kewujudan Katrina ketika melawat suaminya Abishek di Chicago pada tahun lepas semasa penggambaran filem Dhoom 3.