expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, June 6, 2014

KARISMA KAPOOR SEKALI LAGI KAHWINI DUDA

Masih ingatkah anda dengan aktress jelita bollywood, Karima Kapoor yang sangat popular sekitar tahun 90an dan awal 2000? Pelakon ini tidak lagi aktif berlakon setelah berkahwin pada tahun 2003. Kini, setelah hampir 11 tahun berkahwin, pelakon Karisma Kapoor telah memfailkan tuntutan cerai daripada suaminya, Sunjay Kapur dan kini dia telah bersedia untuk memulakan hidup barunya.

Terbaru, ada desas desus yang mendakwa bahawa pelakon cantik ini akan berkahwin sekali lagi dan pasangannya juga dikhabarkan adalah seorang duda sama seperti suaminya dahulu. Menurut laporan Bollywood Mantra lelaki berkenaan, Sandeep Toshniwal, 39 tahun merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat farmaseutikal yang berjaya dan juga merupakan bapa kepada dua orang anak.

Karisma dan Sandeep telah lama mengenali antara satu sama lain dan dikatakan saling menyukai. Malah, kedua-dua keluarga mereka dilaporkan sangat gembira dengan hubungan mereka.

Setakat ini pelakon itu merahsiakan tentang hubungan beliau dengan Sandeep kerana kes perceraian dengan Sunjay masih belum selesai. Namun begitu terdapat perkhabaran bahawa pelakon itu akan berkahwin semula tidak lama lagi.