expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, July 21, 2014

SCARLETT JOHANSSON BAKAL LANGSUNGKAN PERKAHWINAN PADA BULAN OGOS


Memang musim perkhwinan artis Hollywood semakin hangat. Sebelum ini, kami menyiarkan berita beberapa artis Hollywood yang bakal berkahwin, kini seorang lagi menunggu giliran dalam masa terdekat ini.

Aktres, Scarlett Johansson dan tunangnya, Romain Dauriac dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam beberapa minggu lagi.

Bintang filem 'Avengers: Age of Ultron' ini telah mula berbicara tentang rancangan perkahwinannya pada majlis makan malam yang diadakan oleh Martha Stewart di ladang East Hampton pada 19 Julai lalu.

Selain Johansson dan kekasihnya, majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Matt Lauer, Nathan Lane, Barbara Walters, Susan Lucci, Christopher Meloni, Dan Abrams, Andrew Saffir dan Daniel Benedict, Thom Filicia, Gucci Westman dan David Neville, Dylan Lauren dan Rachel Zoe antara lain.

Johansson, 29, dan Dauriac bertunang pada September lalu. Pasangan itu kini sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka.

Pelakon itu juga kini sedang menantikan ayangan perdana filem terbarunya 'Lucy'. Filem yang dihasilkan dan diarahkan oleh Luc Beson ini merupakan sebuah filem sains fiksyen yang menceritakan kisah tentang watak yang dibawa oleh Johansson itu yang mempunyai kebolehan luar biasa.