expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, July 20, 2014

SEJENIS SERANGGA AIR YANG BARU DITEMUI DINAMAKAN SEMPENA NAMA JENNIFER LOPEZ


Kehidupan selebriti memang sentiasa menjadi pehatian umum. Sebagai insan yang popular banyak kelebihan yang dinikmati mereka. 

Sebagai contoh, sesuatu yang dinamakan sempena mengambil nama artis. Kita pasti biasa mendengar orang menamakan anak dengan nama artis kesayangan mereka atau pun barangan yang diberi nama artis sebagai tujuan promosi.

Berbeza halnya dengan penyanyi sensasi Jennifer Lopez yang berjaya meraih perhatian sekumpulan ahli biologi yang mendapat ilham daripada penyanyi itu. 

Kumpulan ahli biologi tersebut telah menamakan sejenis spesies serangga air yang baru ditemui dengan nama yang diinspirasikan daripada nama penyanyi itu.

Serangga air itu ditemui hampir sedalam 70m (230 kaki) di laluan air Mona iaitu satu laluan air yang memisahkan Puerto Rico dan Republik Dominican. Serangga itu telah dinamakan Litarachna lopezae, sebagai penghormatan kepada JLo.

Mungkin ramai tertanya-tanya bagaimana serangga ini boleh dinamakan sedemikian rupa dan apa kaitan JLo dengan serangga tersebut?

Vladimir Pesic dri Universiti Montenegro menjelaskan: "Sebab di sebalik pilihan nama yang luar biasa untuk spesies baru itu sangat mudah. Lagu-lagu dan video JLo sentiasa memberi semangat dan mood baik yang berterusan kepada pasukan ini semasa menjalankan kajian,"

SERANGGA INI DINAMAKAN LITARACHNA LOPEZAE SEMPENA MENGAMBIL NAMA JENNIFER LOPEZ
LAGU-LAGU DAN VIDEO JLO MEMBERI INSPIRASI PADA SEKUMPULAN AHLI BIOLOGI