expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 31, 2014

WEDDING OF THE YEAR MARIAN RIVERA DAN DINGDONG DANTES


Aktres jelita Marian Gracia Rivera dan pelakon kacak, Dingdong Dantes memang 2 nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan Filipina. Bagi peminat drama-drama bersiri dari Filipina, kisah percintaan mereka memang telah diketahui umum.

Kini setelah 5 tahun menyulam cinta, 2 bintang tersohor Filipina ini telah disatukan dalam majlis perkahwinan penuh gilang-gemilang pada 30 Disember 2014. 

Lebih seribu orang menghadiri majlis perkahwinan pasangan Dingdong Dantes dan Marian yang kini menjadi Marian Rivera Gracia Dantes dalam majlis perkahwinan yang menjadi 'wedding of the year' tahun ini

Pasangan ini telah melafazkan ikrar perkahwinan di Immaculate Conception Church Cubao, Quezon City. Marian yang berdarah kacukan Sepanyol dan lahir di Madrid tampil anggun dalam gaun pengantin berwarna putih rekaan Michael Cinco.

Majlis resepsi Marian dan Dingdong pula telah berlangsung meriah di Arena Mall of Asia di Pasay, Filipina. 

Arena tersebut telah diubah menjadi tempat jamuan penuh bergemerlapan di mana pasangan ini bersama keluarga, rakan-rakan dan para jemputan makan bersama-sama, minum dan menari dalam suasana penuh kemeriahan.

Kecantikan Marian yang digandingkan dengan ketampanan Dingdong dalam majlis itu benar-benar bagai pinang di belah dua dan berjaya memukau ribuan tetamu yang hadir.

Selain rakan artis, majlis resepsi pasangan ini yang bertemakan 'Spain meets Manila' telah dihadiri oleh ramai tetamu kehormat yang terdiri daripada tokoh-tokoh perniagaan dan ahli politik.

Mari kita saksikan beberapa rakaman gambar perkahwinan pasangan yang sama cantik, sama padan ini.