expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 5, 2015

CAMERON DIAZ KAHWINI TUNANGNYA MALAM INI


Hanya beberapa minggu yang lepas berita pertunangan Cameron Diaz dan Benji Madden bertiup kencang dan mendapat liputan meluas oleh pihak media.

Kini rupa-rupanya pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan malam ini. Cameron dilaporkan akan mengahwini Benji yang merupakan vokalis dan pemain gitar kumpulan Good Charlotte pada malam Isnin (5 Januari) selepas berpacaran selama 7 bulan.

Cameron dan Benji dikatakan akan berkahwin dalam satu majlis tertutup dan mereka telah mengadakan latihan pada malam Ahad di Beverly Hills. Para tetamu yang hadir meraikan pasangan ini selama kira-kira 3 jam.

CAMERON DIAZ DAN TUNANGNYA, BENJI MADDEN