expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 6, 2015

EMMA MAEMBONG DAN ZIZAN RAZAK SAH PUTUS CINTA!


Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, berita yang bertiup kencang di media-media sosial dan portal-portal hiburan banyak berlegar tentang kisah perhubungan pelakon jelita Emma Maembong dan kekasih hati, Zizan Razak yang dikhabarkan telah berakhir.

Banyak desas-desus terdengar tentang punca keretakan hubungan mereka malah Emma dikatakan telah pun mempunyai cinta hati baru iaitu pelakon Kamal Adli. 

Walaupun pelbagai spekulasi terdengar, kedua mereka seakan berdiam dan tidak mahu memberi komen tentang status hubungan mereka kini. Malah Zizan sendiri pernah menyangkal dakwaan bahawa hubungan cintanya dengan Emma telah putus di tengah jalan. 

Namun, hati manusia kadangkala begitu lemah dan sensitif terutamanya hati wanita. Pihak media akhirnya dapat menghidu juga tentang hal berkenaan yang mana luahan hati Emma berjaya dibaca menerusi akaun-akaun media sosial miliknya. 

Status Whatssap Emma sejak sebulan lalu dikatakan agak mencurigakan di mana di seolah-olah dalam mood frust dan kecewa. 

Menerusi Instagram pula, Emma Maembong telah memuat naik klip lagu berjudul Already Gone nyanyian Kelly Clarkson yang memang sah untuk golongan yang patah hati dan kecewa dengan kekasih. 

Setelah diintai, akaun Instagram kedua-dua mereka juga tidak lagi menggunakan gambar profil mereka berdua sejak beberapa hari yang lepas. 

Pihak media dapat melihat yang hubungan pasangan ini memang benar-benar telah berakhir. Malah menurut sebuah akhbar tempatan semalam, Emma Maembong sendiri yang meminta perpisahan itu dan sebab utama dia ke Thailand sebelum ini juga dikatakan bagi menenangkan perasaannya.