expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

KLIK PILIH BAHASA

Sunday, January 11, 2015

KATY PERRY DAN JOHN MAYER BERCINTA SEMULA?


Penyanyi Katy Perry dan John Mayer dilaporkan telah kembali berpacaran selepas mereka dilihat keluar untuk makan malam bersama-sama buat kali kedua dalam tempoh seminggu.

Malah, pengunjung lain yang menyaksikan memberitahu mereka kelihatan berjalan bersama sambil berpegangan tangan.

Pasangan itu yang mula menjalin hubungan cinta setelah perceraian Katy bersama suaminya Russell Brand pada tahun 2012 bagaimanapun sebelum ini telah mengumumkan perpisahan mereka pada bulan Februari 2014.

Namun begitu, mereka dipercayai telah menyambung kembali percintaan mereka selepas dilihat bersama ketika makan malam yang romantik di Hollywood hotspot Tower Bar pada hari Khamis (08.01. 15) yang mana ia merupakan temujanji kedua mereka dalam tempoh seminggu.

Salah seorang pengunjung di situ memberitahu: "Ketika Katy Perry dan John Mayer berjalan bersama-sama sambil berpegangan tangan seluruh ruang restoran menjadi senyap,"

Ramai selebriti yang hadir ketika itu telah menyaksikan kehadiran John dan Katy yang seolah-olah mahu mengumumkan kepada dunia Hollywood bahawa mereka telah kembali bersama

Antara yang berada ketika itu antara lainnnya adalah supermodel Naomi Campbell, pelakon veteran, Clint Eastwood, Scarlett Johansson dan Reese Witherspoon serta penyanyi rap, Kid Cudi.

Pasangan itu yang pernah berduet dalam lagu berjudul 'Who You Love' dilaporkan telah bermalam bersama selepas makan malam dengan rakan-rakan mereka pada hujung minggu lalu. 

John Mayer telah menghabiskan masa bersama Katy dan hanya dilihat meninggalkan rumah penyanyi itu keesokan harinya pada pukul 4 petang.

KATY PERRY DAN JOHN MAYER PERNAH MENGUMUMKAN PERPISAHAN MEREKA TAHUN LEPAS