expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, January 10, 2015

NICOLE KIDMAN PERNAH ANJURKAN PARTI BERSAMA ULAR


Aktres terkenal Hollywood Nicole Kidman sebenarnya mempunyai minat yang agak menakutkan iaitu dia sangat menyukai ular.

Minatnya yang agak pelik itu ditunjukkan sehingga dia pernah menganjurkan parti di mana ular menjadi tarikan utama dalam parti tersebut. Namun, dia memberitahu untuk parti Halloween yang lepas, dia terpaksa membatalkan niat yang sama kerana dikhuatiri akan menakutkan anak-anaknya.

Pelakon"Paddington" yang mempunyai 2 orang anak iaitu Sunday, 5 tahun dan six, and four-year-old Faith,4 sangat suka menyentuh badan ular yang licin dan sebelum ini banyak menganjurkan parti atau majlis-majlis di mana haiwan tidak berkaki ini pasti ada bersama. ini berkata:

"Saya pernah sekali mempunyai dan telah menjemput... sebenarnya kami ada ular semasa berparti sebelum ini, tetapi untuk parti Halloween tahun ini, kami terpaksa membatalkan acara ular kerana bimbang anak-anak akat ketakutan," kata isteri kepada penyanyi Keith Urban ini.

"Saya juga pernah menganjurkan sebuah parti di mana saya ada banyak haiwan liar yang berbeza semasa parti tersebut kerana saya sukakan haiwan," tambahnya lagi.

Semasa kecil, pelakon berusia 47 tahun ini pernah memelihara labah-labah berbahaya 'funnel-web' iaitu spesis labah-labah yang boleh menyebabkan kematian yang dipelihara dalam kolam rumahnya.

"Kami membesar dengan haiwan seperti labah-labah yang berada dalam kolam mandi. Kami ada labah-labah yang dikenali sebagai 'funnel-web' yang boleh hidup dalam gelembung. Ia boleh berada dalam gelembung air di kolam renang,"

"Bila hendak mandi, kami perlu meninjau ke dalam kolam untuk memastikannya dan ini memang kerap terjadi. Namun, saya tahu bagaimana untuk memeriksa kolam mandi itu," beritahunya lagi.